Saturday, November 6, 2010

pengenalan sastera dalam pembelajaran

PENDAHULUAN
Kesusasteraan Melayu ialah mata pelajaran bagi Tingkatan 4
dan 5 dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM). Pendidikan Kesusasteraan Melayu selaras dengan
aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani. Menyedari bahawa kesusasteraan ialah
cerminan masyarakat dan budaya, maka kesusasteraan
sangat penting dipelajari oleh semua murid. Dengan ini, murid
dapat memahami manusia dan kemanusiaan melalui apresiasi
karya kesusasteraan Melayu.
Selain itu, pendidikan Kesusasteraan Melayu berupaya
mengukuhkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan murid
dan merealisasikan pengetahuan kesusasteraan dalam
bidang kerjaya. Pendidikan Kesusasteraan Melayu juga
bertujuan untuk mendidik murid agar dapat menikmati
kehalusan dan keindahan karya sastera Melayu. Oleh itu,
Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah
harus menjadi landasan ke arah melahirkan Mata Pelajaran
Kesusasteraan Melayu Dalam Kerjaya untuk melatih murid
dalam pelbagai bidang kerjaya yang berkaitan seperti
kewartawanan, penyiaran, dan pengkaryaan seni.
Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu kali terakhir digubal
pada tahun 1991. Sukatan Pelajaran ini memerlukan
penyemakan semula supaya selaras dengan matlamat dan
aspirasi Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Melayu. Sukatan
Pelajaran Kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah yang
disemak semula dilaksanakan pada tahun 2003. Sukatan ini
memasukkan beberapa elemen baharu dalam pengisian
kurikulum, iaitu ilmu, peraturan sosiobudaya, nilai
kemanusiaan, kewarganegaraan, dan kemahiran bernilai
tambah.

No comments:

Post a Comment