| |||||
Munshi Abdullah b. Abdul Kadir (1796-1854) merupakan penulis pertama digelar Bapa Sastera Melayu Moden kerana hasil-hasil karya dan penulisannya menggunakan teknik atau stail penulisan moden, yang lazimnya tidak terdapat dalam karya sastera Melayu lama. Gaya ia mengemukakan tulisannya juga merupakan satu pemberontakan terhadap bentuk tradisi sebelumnya yang mana tema-tema karyanya tidak lagi bersandarkan kepada cerita-cerita dongeng dan khayalan, sebaliknya karya-karya beliau lebih terdedah kepada mesej-mesej yang berbau kritis, positif dan progresif. | Karya beliau merupakan penulisan melayu pertama yang dicetak. Antara karya-karya beliau yang terkenal ialah Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan (1838) dan Hikayat Abdullah (1848). Karya-karya beliau biasanya berlatar belakangkan persoalan tentang masyarakat zamannya yang hidup di bumi nyata. Beliau banyak menimbulkan kontroversi melalui karya-karyanya namun sumbangannya terhadap dunia kesusasteraan Melayu cukup bererti. | ||||
|
blog ini antara tugasan kami pelajar Sekolah Menengah Sains Johor bagi subjek Bahasa Melayu.
Saturday, November 6, 2010
bapa sastera moden
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment